HentianBalik kampung... Siapa yang tak suka balik kampung, kan? Begitulah juga pasangan suami isteri baru lima bulan menikah, hanafi dan sarina. c.u.ma apa yang buat sarina tidak gemar adalah, hanafi suka bertolak balik kampung tengah-tengah malam. Waktu di mana sarina sepatutnya sudah hanyut dibuai mimpi.
"Balik siang tak boleh ke bang? Tak larinya kampung tu..." sarina merungut ketika menarik beg untuk dimasukkan ke dalam kereta.
"Rugi masa kalau balik siang... balik malam, sampai sana subuh, siang kita dah boleh rehat-rehat.." balas hanafi sambil menyumbat beg ke bonet.
"Hee... nasib ye kalau ina tidur sepanjang jalan....." sarina mengugut.
"Eleh... mcamlah tak biasa... selama ni pun kalau balik kampung, abang drive sorang, ina sedap aje berkeruh" hanafi mengejek.
Sarina menjeling geram.
"Abang ni! Suka tau buat ina geram. Siaplah nanti dalam kereta, ina bantai tidur sampai kampung!"
Tapi hanafi sekadar menyambutnya dengan tawa melihat sarina masuk ke dalam kereta bersama muka terperenyuk.
Selepas memasukkan kesemua beg, hanafi pun memandu kereta keluar dari perkarangan rumah. Hampir sejam menempuh kesesakan di ibu kota, barulah kereta hanafi lepas keluar menuju lebuh raya.
Sarina pula hanya bertahan sejam pertama perjalanan. Sebaik sahaja masuk ke lebuh raya, dia dengan sendirinya tertidur. Hanafi geleng kepala melihat isterinya itu.
"Haii... co-pilot dah tidur. Kena layan radio la jawabnya..." hanafi berkata sendiri sambil menekan butang pemain audio.
Malangnya kebanyakan lagu yang diputarkan tidak menarik minat hanafi. Malah semakin membuatkan dia merasa mengantuk. Sudahnya hanafi mematikan sahaja pemain audio tersebut dan mulutnya berlagu sendiri menghibur hati.
Find authorized novels in Webnovel,faster updates, better experience,Please click for visiting.
"Hee... suara abang sumbanglah... kacau aje saya nak tidur!" tibtiba sarina bersuara. Segera hanafi menoleh tapi melihat mata isterinya itu masih terpejam.
"Alah.... tidur ajelah, jangan peduli saya nak menyanyi ke apa ke.... saya ni bawak kereta, kenalah buat sesuatu supaya tak mengantuk"
Sarina tidak menyahut, sebaliknya makin mengerekot di tempat duduknya.
"Itulah orang perempuan.... taunya membebel aje..." hanafi mengomel.
Sekej.a.p kemudian, hanafi terasa seperti mahu membuang air. Tapi dia tidak berani memberhentikan kereta sembarangan di tepi jalan pada waktu lewat malam begini. Ditahannya rasa ingin terkucil itu sehinggalah sampai ke satu hentian.
Sebelum turun, hanafi mengejutkan sarina.
"Ina... awak nak ke tandas tak? Abang nak kencing ni.."
"Hmm.... pergilah ... saya belum terasa nak membuang...." balas sarina, masih enggan membuka mata.
Hanafi pun tanpa buang-buang waktu, segera berlari menuju ke tandas. Fuh! Lega sungguh rasanya. Sempat jugalah dia membasuh muka supaya lebih segar. Ketika kembali ke kereta, dia mendapati sarina sudah bangun.
"Aik? Kata tadi mengantuk sangat? Kenapa bangun pulak?" tanya hanafi.
"Abanglah.... kacau aje orang.... nak ke tandas tu pergi ajelah. ... tak payahlah kejutkan orang bangun tidur" sarina tarik muka cemburut.
"Laa.. abang takut ina pun nak ke tandas.... kang tengah jalan kang, abang tak boleh berhenti dah.... jauh lagi nak sampai hentian lain"
Sarina tidak menjawab lagi. Terus duduk diam memandang ke depan. Hanafi sendiri tidak mahu berkata apa lagi. Sarina ada satu perangai buruk, kalau baru bangun tidur, mood boleh mengalahkan singa tengah lapar! Kalau hanafi terlebih cakap, memang kena sembur tak memasallah jawabnya.
Sepanjang perjalanan, mereka berdua tidak banyak cakap. Hanafi menyanyi sendiri. Sarina pula mengunyah roti dengan muka mengantuk.
"Abang... saya nak terkencinglah..." tibtiba sarina bersuara.
"Haa.... itulah.... tadi abang kejut, siap marah abang pulak. Nak kencing kat mana? Takkan ina nak buang tepi jalan kut... tak pasal kena sampuk aje nanti...." hanafi mengenen.
"Hishhh.... abang ni main-main pulak... ina cakap dulu... supaya nanti bila jumpa perhentian, abang berhenti. Ina boleh tahan lagilah..." sarina tarik muka masam.
"Oh... cakaplah awal-awal .... ha.... tunggulah, sekej.a.p lagi..... abang rasa kat depan sana adastesen minyak. Kita berhenti kat situ nanti, abang pun nak isi minyak ni...."
Sarina mengangguk.
Betul kata hanafi, hampir 15 minit perjalanan, mereka melihat sebuah stesen minyak. Tiada kereta berhenti di situ. Sampaikan budak melayu yang menjaga kaunter, kelihatannya tertidur.
Hanafi memberhentikan kereta di pam minyak. s.e.m.e.ntara sarina terus berlari anak menuju ke tandas di bahagian belakang bangunan. Sebaik sahaja masuk ke dalam tandas, bau hancing menerpa hidung sarina. Pasrah sahajalah dia melepaskan hajatnya di tandas kotor begitu.
Selesai urusan, sarina membasuh tangan di singki. Sambil membasuh, dia memandang cermin muka di hadapannya. Sarina terleka seketika sehinggalah tibtiba dia melihat imbasan kelibat melihat dibelakangnya. Sepantas kilat, sarina menoleh. Namun dia tidak melihat sesiapa. Tetapi apabila sarina kembali memandang cermin, dia terpaku dengan mata terbelalak.
~~~~~~~~ ☆☆☆ ~~~~~~~~~
Hanafi kehairanan melihat sarina berjalan mendekati kereta dengan muka serius. Jalannya pun tegak sahaja macam orang berkawat.
"Ina kenapa?" tanya hanafi sewaktu masuk ke dalam kereta.
Sarina tidak menjawab. Hanya duduk tegak memandang lurus ke depan.
"Eh? Ina... kenapa ni?" Hanafi mencuit bahu sarina.
Sarina menepis sepantas kilat sambil menderam. "Grrrr....!!"
Terkejutnya hanafi bukan kepalang lagi. Semerta bulu romanya meremang. Ah, sudah... ina ni dah kena sampuk ke?
Tak mahu bertanya lagi, hanafi terus memandu keretanya keluar dari stesen itu. Namun pemanduan hanafi jadi tidak tenang apabila sarina terus menderam sambil matanya merenung tajam, lurus ke depan.
Berkali-kali hanafi mengusap tengkuknya.
"Ina.... janganlah buat suara macam tu.... abang rasa lain macamlah..."
Sarina malah makin kuat menderam. Hanafi jadi tak keruan lalu melajukan lagi keretanya dengan harapan cepatlah sampai ke kampung. Dia tidak betah memandu dengan sarina terus-terusan menderam macam harimau mahu menerkam mangsa.
Tapi malangnya... kereta Hanafi tibtiva tersengguk-sengguk.
"Hey.. janganlah kau buat hal sama...." rungut Hanafi kepada keretanya.
Sebaik sahaja Hanafi menghabiskan katkatanya, enjin kereta pun termati. Hanafi cuak. Puas dia memutar kunci namun keretanya tidak mahu hidup.
"Heee.... bini buat hal, kereta pun sama! Apa malanglah aku malam ni?" Hanafi membebel sendirian sambil mengerling sekilas ke arah sarina yang sudah pun mendiamkan diri.
"Ina duduk diam. Abang nak keluar tengok apa masalahnya.." selepas berkata demikian, Hanafi keluar bersama lampu suluh di tangan.
Hud kereta dinaikkan. Hanafi menyuluh ke sana sini, cuba mencari apa yang terlihat pelik. Namun, semuanya okey. Termasuk paras air dan minyak hitam. Sedang sibuk meneliti enjin, tibtiba dia terdengar deringan telefon bimbitnya.
"Ina... tolong jawabkan telefon abang tu!" Hanafi mengarahkan.
Tapi telefonnya terus berdering.
"Ina!!"
Geram kerana sarina tidak menyahut, Hanafi segera menerpa mendapatkan telefon bimbitnya dari atas dashboard. Dia bagaimana pun terkedu melihat sarina tunduk dengan rambut lepas tergerai
Nombor yang tidak dikenali tertera pada skrin. Hanafi menekan butang menjawab dan terdengar suara seorang lelaki menyapa.
"h.e.l.lo... ini encik Hanafi ke?" tanya lelaki di hujung talian.
"Ye saya..... awak siapa? Ada apa?"
"Tadi encik ada singgah di stesen minyak kan? Saya jumpa isteri encik pengsan di tandas perempuan.."
"Eh? Apa pulak? Isteri saya ada dengan saya ni!!" marah Hanafi sambil terus memandang ke arah sarina.
"Sekej.a.p encik..."
"Abang!!! Kenapa abang tinggalkan ina kat sini? Abangg... Ina takut bang...."
Hanafi terngadah. Ketika itu juga dia mendengar sarina di dalam kereta, ketawa terkekeh-kekeh.
"Abang.... patah balik bang.... ambik ina..."
Namun Hanafi tidak mampu menyahut panggilan sarina kerana "sarina" yang berada di hadapannya kini sedang memalingkan muka perlahan-lahan ke arahnya.
"Heheheheeee.... yarghhhhh!!" "sarina" menerpa macam keluar terbang dari gua. "Sarina" menerkam dan Hanafi tidak sempat mengelak.
Hanafi terjengkang jatuh ke atas jalan. Belum sempatberbuat apapa, Hanafi mendengar bunyi hon berpanjangan dan brek menyasar. Dia menoleh, silau cahaya, membuat Hanafi yang terdaya mengangkat tangan.
b.u.mmmm!!!
Lembaga menyerupai sarina terus ketawa mengilai-ngilai melihat Hanafi tergeletak di atas jalan, berlumuran darah.
Sarina yang mendengar di hujung talian, memekik panjang.
"Abanggggggggggggggg!!!"